KATA HIKMAT PROF. DR. HAMKA;

"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba.... datang tidak menentu masa... datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana.

Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.

Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

Penyesuaian dalam Hidup atau Perniagaan.

Terdapat 3 proses dalam mendapatkan income tidak kira melalui Internet atau Offline. Iaitu production, operation, dan marketing. Katakan kalau diberi 100% untuk 3 proses utama ini, apa pendapat anda? Rata-rata pilihan yang dipilih ialah production 40% , operation 30% dan Marketing 30% .

Soalan yang saya tanya anda, adalah soalan yang sama ditanya oleh Robert G Allen dan beberapa Billionaire lain kepada kami yang hadir dalam seminar. Dan rata-rata meletakkan nilai Marketing paling rendah, dan inilah punca utama kenapa kegagalan mendapatkan income berlaku. Terlalu fokus pada perfection akan menyebabkan produk tidak siap-siap, dan mengharapkan semua jadi baik sebelum bermula akan membuatkan anda tidak bermula sampai bila-bila. Tidak kira dalam bisnes ataupun kerjaya anda.

Apa yang penting ialah ADJUSTMENT

Dalam menjalankan bisnes, yang paling penting ialah apa ADJUSTMENT yang kita boleh buat untuk mendapatkan kejayaanatau income. Apa sahaja ada penyelesaiannya jika kita boleh adjust atau boleh fleksible dengan keadaan. Adjustment ini datang dari gerak hati yang mendorong kepada akal berfikir. Dengan menggunakan akal fikiran dan sokongan dari gerak hati akan membolehkan kita membuat adjustment yang lebih baik.

Dalam kehidupan semua tidak sempurna, berbalik pada kita untuk sempurnakan hidup kita. Contohnya dalam bisnes mungkin kita tersalah langkah kerana pelbagai faktor, yang paling penting ialah pandai buat Adjustment. Ada pelan induk yang perlu diikuti tapi perlu pandai-pandai menjalankan dengan kretiviti.

Adjustment ini sebenarnya berkait dengan decision kita.

Hidup ini sebenarnya ialah mengenai buat decision setiap hari, malah setiap masa, setiap minit dan setiap saat. Kehidupan masa sekarang (PRESENT) adalah paling penting, bukan semalam dan bukan esok hari. Hiduplah dengan penuh makna, dan sayangilah semua orang ibarat inilah nafas terakhir yang kita hirup. Dengan mempunyai fikiran seperti ini, saya yakin InsyaAllah kita semua akan sentiasa bersemangat dan appreciate apa yang kita ada, dan BUKAN TERUS MENCARI-MENCARI dalam hidup.

Decision dalam bisnes kita boleh ambil dari data mining dari hasil survey dan market segmentation, tapi decision dalam hidup perlu diterajui dengan data mining dari alam nyata. Apa saya maksudkan ialah jawapan sebenar apa yang perlu kita buat dan ingat sentiasa ada disekeliling. Ini saya panggil CROWD WISDOM.

Jawapan apa yang perlu kita buat atau what is my next step ialah dari alam sekeliling, cuma anda perlu pekakan diri anda dengan alam sekeliling. Allah sentiasa membantu kita dalam apa jua keadaan, cuma adakah kita selalu mendengar ?

Memerhati dan Mendengar Boleh Membantu Anda Dalam Bisnes dan Kerjaya!

Saya berjumpa ramai orang hebat-hebat, dan saya berjumpa ramai orang POWER-POWER, dan saya dapati semua mereka banyak mendengar. Saya maksudkan ialah MENDENGAR iaitu memahami, bukannya dengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Mendengar ialah salah satu cara mendapat maklumat.

Kita dibekalkan dengan asas utama, iaitu pendengaran, penglihatan dan perasaan. Saya nak sentuh dari sudut pendengaran dan penglihatan dulu. One Step At A Time. Tak boleh gelojoh-gelojoh, nanti anda pun pening apa saya nak sampaikan sebenarnya.

Jawapan ataupun guidance yang perlu anda guna selain gerak hati ialah dengan memerhati dan mendengar. Banyak perhatikan dan mendengar dari semua orang. Kadang kala ibu bapa, rakan kita, suami atau isteri kita , anak kita, malah haiwan peliharaan kita atau pokok-pokok semuanya menyampaikan sesuatu kepada kita untuk membantu kita dalam hidup kita.

Tapi soalnya, apakah kita faham maksud semua ini? Untuk memahami sebenarnya mudah, setiap hari kita perlu selesaikan masalah, dan jawapan pada masalah itu ada disekeliling kita. Kita hanya perlu memerhati dan mendengar. Dengan cara memerhati dan mendengar akan membolehkan kita connect atau berhubung dengan orang lain. Dan dengan cara ini, kita akan berkomunikasi dengan berkesan.

Kita boleh berkomunikasi dengan Alam, (manusia juga sebahagian dari Alam), apa yang perlu kita buat ialah kaitkan masalah kita dengan senario yang kita jumpa selepas itu. Perasan tidak anda dilanda masalah, tiba-tiba anda pergi ke suatu tempat dan ada orang yang berbincang benda yang sama, dan secara tak langsung anda tahu jawapan kepada masalah anda?

Inilah saya maksudkan dengan kita perlu connect dengan sekeliling. Tidak perlu kita fikir sangat masalah atau hala tuju arah hidup, berusaha dan berserah sahaja. Cara nak dapat jawapan perhati dan mendengar.

Ambil contoh keadaan nyata sekarang.

Setiap hari adakah kita pergi kerja atau jumpa orang, kita mendengar apa yang orang cakap? Adakah kita lebih bercakap dari mendengar? Adakah kita banyak melihat dari perspektif kita sahaja?

Inilah sebenarnya yang menyekat kita, kita lebih pada mendengar diri kita sendiri dan bukan mendengar dari orang lain.Sedangkan apa yang kita dengar ialah bisikan-bisikan akal fikiran yang memang berserabut dan sangat banyak noise. Sehingga kita tidak boleh faham apa yang sebenarnya Allah cuba bantu kita.

Mungkin kita boleh berubah dari segi, hari ini AKU NAK DENGAR apa sebenarnya orang cakapkan. Dengan cara mendengar inilah, anda akan dapat tahu apa yang patut anda buat, apa opportunity yang anda boleh ambil, dan apa yang patut anda tinggalkan.

Teknik memerhati dan mendengar ini juga dilakukan oleh Syarikat-Syarikat Besar Dunia , malah Marketer-Marketer atau ahli perniagaan yang gergasi. Mereka ini semua mendengar?

Mana tidaknya, mereka sentiasa membuat survey pendapat, minat, dan sebagainya. Bukankah mereka sedang memerhati dan mendengar anda?

ADJUSTMENT IN LIFE OR BUSINESS!

Pentingnya suara rakyat, adakah ini juga teknik mendengar dari Ahli Politik? Dengan mendengar sebenarnya kita memberi dahulu pada mereka, kita memberikan masa dan diri kita pada mereka. ORANG sangat MENGHARGAI kalau kita mendengar mereka.

Saya sendiri sentiasa create opportunity selain grab opportunity. Cuma masalahnya, jika anda tidak memerhati dan mendengar, anda tidak akan sedar peluang yang anda dan peluang yang akan terbuka bila-bila masa.

Sekarang tiba masa anda pula? Anda dah dengar dengan membaca apa yang saya tulis ini? Apa komen anda mengenai pentingnya ADJUSTMENT dalam bisnes, kerjaya dan perhubungan? Apakah penting MEMERHATI dan MENDENGAR dalam membina jambatan kejayaan? Kongsikan disini, saya amat-amat menghargainya.

Post asal oleh : Blogger

This Website has been published since June 2011. All Copyright Reserved to http://www.EvoNiaga.com . Protected by Cyber-Law Article Publishing Admin